Thursday, August 8, 2013

Cara Penggunaan


Urut Badan
  1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.
  2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk). Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.
  3. Tunggu sehingga minyak urut itu suam sedikit tetapi jangan sampai sejuk kerana damar akan mengeras.
  4. Gunakan untuk mengurut. Permata Cincin Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu. Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.

Gigitan Serangga
Gosok serbuk raja kayu ditempat yang kena sengat. Kesannya dalam setengah jam.

Masalah Dalam Badan
Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah. Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.

No comments:

Post a Comment